Kuih Muih Tempatan
Kuih Koci


Kuih koci telah menjadi pilihan laman web ini untuk diperkenalkan.I merupakan antara kuih yang paling popular di Malaysia.

Kuih koci dihasilkan daripada tepung talam dan ditambah dengan inti kelapa dan juga pelbagai jenis inti lagi mengikut citarasa yang diinginkan.Antaranya ialah inti kacang hijau,sagu dan perisa tiruan yang lain.

Kuih koci seringkali dibalut dengan helain daun pisang yang segar bagi menaikkan seri wangi kuih berkenaan.Selain itu juga,dengan peredaran zaman kuih koci juga turut dibalut dengan menggunakan plastik namun kesegarannya tidaklah sama seperti mana kuih koci yang dibalut dengan daun pisang.

Backpacker taking a drink; Size=180 pixels wide
Silalah mencuba keenakkan kuih tradisi ini!

Sedapnya!!

Anda pasti akan teringin untuk mencuba keenakkan kuih ini.Kuih ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan ketika berlangsungnya Festival Kuih-Muih Tempatan di Perak pada bulan Julai yang lalu.


Sila layari laman resepi untuk mengetahui cara membuatnya!!

Antara  tempat-tempat paling popular menjual dan menyediakan kuih koci ialah di Perak dan Pahang.Tempat berkenaan adalah seperti Tanjung malim yang sememangnya mewarisi tradisi pembuatan kuih koci ini.

Harga pasaran bagi sebungkus kuih koci ialah antara RM0.20 sehingga RM0.45 sebungkus mengikut saiz dan intinya.